MWA-1-112
Program ini dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi program Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran (EE-321-3:2012) berdasarkan Unit Kompetensi dan Aktiviti Kerja seperti di bawah.
Unit Kompetensi :
Low-End Installation Material’s Installation and Maintenance
(EE-321-3:2012-C02)
Aktiviti Kerja :-
Kursus Structured Cabling, Wiring and Design merupakan program latihan kemahiran yang direka khas untuk memberi pendedahan mendalam tentang pemasangan dan pengujian sistem rangkaian kabel berstruktur. Dalam tempoh lima (5) hari, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang penting dalam bidang Data Center.
Kursus ini melatih peserta dalam kemahiran pendawaian berstruktur yang digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor, termasuk bangunan komersial, pusat data, dan industri pembuatan. Peserta akan mempelajari jenis-jenis kabel seperti Twisted-Pair (Cat5e, Cat6, Cat7, Cat8), Fiber Optic dan Coaxial Cable.
Dengan pendekatan pembelajaran berasaskan 70% sesi praktikal, kursus ini menekankan kepada teknik pemasangan dan pengurusan kabel yang cekap, serta mengutamakan amalan keselamatan dalam setiap langkah kerja.
Antara contoh peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh peserta Kursus Structured Cabling, Wiring and Design adalah seperti berikut :