Sijil CA1C & CA2C adalah sijil yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia (TM) sebagai badan pertauliahan dan diikiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memenuhi keperluan pekerja mahir dalam bidang Fiber Optik. Kursus ini merangkumi pembelajaran dalam bidang fiber dari segi pemasangan fiber optik dibahagian luaran dan dalaman yang memenuhi piawaian SKMM.
Kelas Persediaan ini dapat membantu para peserta menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan berkaitan pemasangan dan pengujian sistem fiber optik serta aspek keselamaatan bagi kerja-kerja di bahagian dalaman (CA1C) dan di bahagian luaran (CA2C).
Sijil Kecekapan Fiber Optik ini terbahagi k epada 2 jenis pensijilan iaitu :-
Gentian Optik – Pemasangan, Penyambungan, Ujian dan Penyenggaraan
Gentian Optik – Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaran Aerial Dan Di Bawah Tanah
Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C atau CA2C para peserta dikehendaki lulus Peperiksaan TM yang dijalankan secara dalam talian (Online) yang dikawalselia oleh pihak Telekom Malaysia
Format soalan peperiksaan adalah dalam bentuk Objektif yang merangkumi teori fiber optik seperti pemasangan, penyambungan dan pengujian fiber optik serta keselamatan di tempat kerja. Soalan objektif tersebut mempunyai sebanyak 50 soalan dan peratus lulus adalah 70% dimana jawapan betul adalah 35 soalan.
Membolehkan seseorang pekerja mahir itu mendapat kelayakan dan pengiktirafan dari Telekom Malaysia bagi melakukan kerja-kerja pemasangan Fiber Optik di bahagian Luaran dan Dalaman.
Keperluan berdaftar dalam kod bidang CIDB iaitu E07 & E08.
Pekerja mahir dalam mempelajari teori dan praktikal serta mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fiber optik.
Peluang pekerjaan dan permintaan semakin meningkat dengan adanya teknologi High-Speed Broadband yang memerlukan naik taraf infrastruktur sistem telekomunikasi yang sedia ada.
Tenaga pengajar kami adalah pakar industri dengan lebih dari 15 tahun pengalaman serta mempunyai pengetahuan teori dan praktikal yang mendalam dan berkebolehan untuk berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan isu-isu yang sering ditemui di industri.
Seorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi bagi bidang Gentian Optik dan Frekuensi Radio. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Radio Frequency Network Senior Technician (EE-036-3) serta Transmission Infrastructure Installation and Maintenance (EE-321-3:2012). Berpengalaman dalam Industri Telekomunikasi dan mahir dalam pelbagai bidang terutamanya 2G, 3G, 4G, 5G, LTE, SDH, DWDM dan Fiber Optik dan pernah terlibat sebagai Pengurus Projek bagi beberapa projek pemasangan dan penyelenggaraan fiber optik dan Frekuensi Radio seperti UNIFI Project, TIME dotCom Project, Celcom Hammer Project, U-Mobile Multiband Project dan Celcom Moran Project. Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang Hybrid Power System bagi sektor telekomunikasi sebagai pengurus projek di myanmar selama 2 tahun.
Seorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi bagi bidang Gentian Optik. Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi program Wired Transmission Infrastructure Management (EE-321-4:2012) daripada ADTEC Kulim. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar selama 2 Tahun dan memiliki Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Berpengalaman dalam Industri Telekomunikasi sebagai “Fiber Optic Technician” dan pernah terlibat dengan beberapa projek pemasangan dan penyelenggaraan fiber optik seperti UNIFI Project dan TIME dotCom.
Sehingga hari ini, TEC telah berjaya menganjurkan Kursus Latihan Kemahiran CA1C dan CA2C dengan teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang amat berkesan kepada para peserta yang berjumlah melebihi 1000 orang peserta dengan peratus kelulusan berjaya memiliki Sijil Kecekapan CA1C dan CA2C adalah 100%. .