Sijil Kecekapan Fiber Optik (CA1C & CA2C) dan Pasangan Kuprum (CA1A & CA2A) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia (TM) sebagai badan pertauliahan dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memenuhi keperluan pekerja mahir dalam bidang Fiber Optik dan Kuprum.
Kelas persediaan ini dapat membantu para peserta menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan berkaitan pemasangan dan pengujian sistem fiber optik dan kuprum serta aspek keselamatan bagi kerja-kerja di Bahagian Dalaman (CA1C/CA1A/E07) dan di Bahagian Luaran (CA2C/CA2A/E08).
Sijil Kecekapan Fiber Optik dan Kuprum ini terbahagi kepada empat (4) jenis pensijilan iaitu :-
Gentian Optik – Pemasangan, Penyambungan, Ujian dan Penyenggaraan
Gentian Optik – Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaran Aerial Dan Di Bawah Tanah
Pasangan Kuprum – Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaran
Pasangan Kuprum – Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaran Aerial Dan Di Bawah Tanah
Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik (CA1C & CA2C) dan Kuprum (CA1A & CA2A) para peserta dikehendaki lulus Peperiksaan TM yang dijalankan secara atas talian (Online) yang dikawalselia oleh pihak Telekom Malaysia (TM).
Format soalan peperiksaan adalah dalam bentuk Objektif yang merangkumi soalan teori seperti pemasangan, penyambungan dan pengujian fiber optik dan kuprum serta keselamatan di tempat kerja.
Soalan objektif tersebut mempunyai sebanyak 50 soalan dan peratus lulus adalah 70% dimana jawapan betul adalah 35 soalan.
Membolehkan seseorang pekerja mahir itu mendapat kelayakan dan pengiktirafan dari Telekom Malaysia (TM) bagi melakukan kerja-kerja pemasangan kabel fiber optik dan kuprum di bahagian dalaman dan luaran.
Sijil Kecekapan ini boleh digunakan sebagai sijil teknikal untuk permohonan CIDB Gred G1 PPK, SPKK & PKK/STB dan didaftarkan di bawah kod bidang CIDB kategori E07 (Sistem Telekomunikasi Dalaman) dan E08 (Sistem Telekomunikasi Luaran).
Pekerja mahir dalam mempelajari teori dan praktikal dan mendalami pengetahuan dalam bidang Fiber Optik dan Kuprum.
Peluang pekerjaan dan permintaan semakin meningkat dengan adanya teknologi High-Speed Broadband yang memerlukan naik taraf infrastruktur sistem telekomunikasi yang sedia ada.
Tenaga pengajar kami adalah pakar industri dengan lebih dari 15 tahun pengalaman serta mempunyai pengetahuan teori dan praktikal yang mendalam dan berkebolehan untuk berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan isu-isu yang sering ditemui di industri.
Seorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi bagi bidang Gentian Optik dan Frekuensi Radio. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Radio Frequency Network Senior Technician (EE-036-3) serta Transmission Infrastructure Installation and Maintenance (EE-321-3:2012). Berpengalaman dalam Industri Telekomunikasi dan mahir dalam pelbagai bidang terutamanya 2G, 3G, 4G, 5G, LTE, SDH, DWDM dan Fiber Optik dan pernah terlibat sebagai Pengurus Projek bagi beberapa projek pemasangan dan penyelenggaraan fiber optik dan Frekuensi Radio seperti UNIFI Project, TIME dotCom Project, Celcom Hammer Project, U-Mobile Multiband Project dan Celcom Moran Project. Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang Hybrid Power System bagi sektor telekomunikasi sebagai pengurus projek di myanmar selama 2 tahun.
Seorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi bagi bidang Gentian Optik dan Frekuensi Radio. Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi program Wired Transmission Infrastructure Management (EE-321-4:2012) daripada ADTEC Kulim. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar selama 5 Tahun dan memiliki Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia serta Train The Trainer. Berpengalaman dalam Industri Telekomunikasi sebagai “Fiber Optic Technician” dan pernah terlibat dengan beberapa projek pemasangan dan penyelenggaraan fiber optik seperti UNIFI Project dan TIME dotCom.
Seorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam Kejuruteraan dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi bagi bidang Gentian Optik, Pasangan Kuprum dan Frekuensi Radio. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa (EE-320-3:2012). Memiliki Sijil Kecekapan Fiber Optik (CA1C & CA2C) serta Sijil Pasangan Kuprum (CA1A & CA2A). Berpengalaman sebagai tenaga pengajar selama 10 Tahun dan memiliki Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) serta Train The Trainer. Berpengalaman dalam Industri Telekomunikasi sebagai “Fiber Optic Engineer” dan pernah terlibat dengan beberapa projek pemasangan dan penyelenggaraan fiber optik seperti UNIFI Project dan TIME dotCom.
Sehingga hari ini, TEC telah berjaya menganjurkan Kursus Latihan Kemahiran CA1C, CA2C, CA1A & CA2A dengan teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang amat berkesan kepada para peserta yang berjumlah melebihi 1000 orang peserta dengan peratus kelulusan berjaya memiliki Sijil Kecekapan CA1C, CA2C, CA1A & CA2A adalah 100%.